SEREMBAN, 16 OGOS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan pertemuan dengan keluarga Nora Anne Quoirin, jam 10.30 pagi ini susulan kematian remaja Ireland itu, pada 10 Ogos lalu.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa sedih susulan penemuan mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.
PUTRAJAYA, 5 OGOS: Tulisan khat adalah satu cabang seni penulisan dan ia tidak membabitkan elemen keagamaan, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PUTRAJAYA, 5 OGOS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan Pertandingan Video Kreatif “Hentikan! Stop It!” dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual sebagai langkah advokasi dan pengumpulan input daripada masyarakat umum.
KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, audit penyelenggaraan menyeluruh perlu dilaksanakan di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR).
SHAH ALAM, 2 OGOS: Majlis Tanah Negara (MTN) meluluskan Pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 hari ini, sekali gus masalah pembahagian harta pusaka dapat diselesaikan dengan lebih mudah.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Sesi kepekaan jantina perlu dijalankan, terutama bagi wakil rakyat yang dipilih dan dilantik supaya punca dan kesan keganasan terhadap wanita difahami bersama.
KUALA LUMPUR, 28 JUL: Perkhidmatan saringan kanser serviks percuma di bawah seliaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah dimanfaatkan oleh 14,875 wanita setakat Julai lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
BANGI, 24 JUL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerja-kerja bakti dan amal bukan sahaja dapat mempertingkatkan amalan, tetapi juga memelihara kesihatan dan perhubungan sesama insan.
PUTRAJAYA, 22 JUL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera.
KUALA LUMPUR, 19 JUL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutuk perbuatan jenayah kejam yang mengakibatkan kebakaran sebuah studio animasi di bandaraya Kyoto, di barat Jepun, Khamis.
SERDANG, 13 JULAI: Pembantu rumah yang didakwa dirogol majikannya yang juga Exco Perak, kini diletakkan di bawah jagaan dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
SERDANG, 13 JULAI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) kini memperluaskan kursus keibubapaan di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
BEIJING, 9 JUL: Malaysia dan China bersetuju mempertingkat kerjasama dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi membantu peningkatan ekonomi negara.
BEIJING, 9 JUL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan hasil pertemuan beliau bersama tiga pemimpin kanan China hari ini sebagai usaha bersama kedua-dua kerajaan untuk mengukuh hubungan dua hala Malaysia-China ke tahap yang lebih tinggi dan strategik.
BEIJING, 8 JUL: Kerajaan sekali lagi mengulangi pendirian tegas dalam komitmennya membanteras gejala rasuah sebagai salah satu usaha untuk membina semula negara.
BEIJING, 8 JUL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke China.
BEIJING, 7 JUL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke China mulai esok, bertujuan memastikan kesinambungan hubungan dua hala di antara Malaysia dan China terus diperkukuh dan dipererat.
BUKIT MERTAJAM, 6 JUL: Pusat hemodialisis swasta diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk mempunyai seorang pakar nefrologi bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku semasa pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan.
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Enam langkah jangka pendek diputuskan bagi menangani kesesakan teruk di pintu masuk negara khususnya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.